Sunday, September 14, 2014

Aku Ka

Mungkin kau bisa jadi begitu Tapi ku tak bisa jadi begitu Itu ini bla, bla, bla Memang senanglah kau kata. Andai suatu masa kita bersua Mungkin saat itu kau bahagia tapi ku kecewa Mungkin jua kau kecewa tapi ku bahagia Mungkin jua kita berdua bahagia. Anggap sajalah semuanya sandiwara semata-mata Yang penting di akhirnya kita dapat jua bersua. Ya, yang penting kita dapat bersua Kekal bersama itu lain cerita Terima seadanya, percaya dan setia hanya itu yang ku pinta. Moga tak terlambat untuk ku menanti saat bahagia itu Kerana ku sekadar mampu mendoakan Ku harap kau turut mendoakan Bukan ku terlalu mengharapkan Tapi kita cuma mampu menantikan takdir Tuhan.
aku dahulunya berseri-seri bertatahkan labuci bersulam sana-sini. ~~~ suatu hari ada insan yang bertuah memilikiku menjagaku dengan penuh kasih sayang menggunakanku selalu dan mengusapku dengan penuh kelembutan. ~~~ masa semakin berterbangan jauh segala yang indah akhirnya akan semakin merapuh dan lusuh. kali ini aku hanya menjadi hiasan almari kayu hanya kerana labuci dan sulaman yang pupus pada tubuhku.

Khalifah al-Rasyid :)

Pada zaman pemerintahan bani Abbasiyyah dan secara tepatnya di bawah pemerintahan khalifah al-Mahdi, terdapat seorang wazir (menteri) bernama Ya'qub bin Dawud al-Sulami. Beliau sangat soleh dan teguh berpegang dengan prinsipnya. Setiap kali melihat khalifah al-Mahdi di dalam kemungkaran atau kelalaian, beliau pasti menegurnya. Khalifah sentiasa menerima teguran tersebut dengan penuh hormat. Sikap ini tentu sahaja menimbulkan hasad dengki dalam kalangan orang tertentu. Mereka berusaha merosakkan nama baik wazir yang soleh ini di mata khalifah dengan pelbagai tuduhan palsu. Antaranya, mereka mengatakan bahawa beliau seorang penganut Syiah. Pada suatu hari, khalifah al-Mahdi berniat untuk menguji kesetiaan wazirnya. Beliau menyerahkan seorang lelaki berketurunan 'Alawi (keturunan Sayidina Ali bin Abi Talib) yang dituduh memberontak kepada Ya'qub bin Dawud. Khalifah bertitah agar orang ini dibunuh. Ya'qub berjanji untuk melaksanakan titah tersebut. Namun apabila mendapati orang tersebut sebenarnya tidak bersalah, Ya'qub bin Dawud enggan membunuhnya. Malah, beliau melepaskan tertuduh tersebut tanpa pengetahuan khalifah. Akibatnya, khalifah al-Mahdi menjadi sangat marah. Beliau menghukum Ya'qub dengan meletakkannya di dalam sebuah lubang lalu menutupnya. Selama 15 tahun, beliau tidak dapat melihat cahaya sehingga matanya menjadi buta, sementara rambutnya pula panjang dan kusut seperti haiwan. Ya'qub bercerita: "Pada suatu hari, seseorang menyeru namaku. Lalu seutas tali diturunkqn, dan aku disuruh untuk mengikatnya pada tubuhku. Tidak lama kemudian, mereka menarikku keluar dari lubang tersebut. Seseorang berkata kepadaku: "Ucapkan salam kepada amirulmukminin." Aku mengucapkan salam da menyatakan nama al-Mahdu kerana aku menyangka khalifah yang berada di hadapanku itu ialah al-Mahdi. Namun, lelaki tersebut berkata: "Semoga Allah merahmati al-Mahdi. Beliau sudah lama mangkat." Aku bertanya: "Khalifah al-Hadi?" Beliau menjawab: "Khalifah al-Hadi pun sudah mangkat. " Aku bertanya lagi: "Khalifah al-Rashid?" Beliau mengakuinya: "Benar." Khalifah Harun al-Rashid berkata: "Aku membebaskan kamu bukan atas permintaan sesiapa. Semalam aku mendukung anakku yang masih kecil di atas bahuku. Tiba-tiba, aku teringat dirimu yang pernah mendukungku ketika aku kecil dahulu. Aku berasa kasihan dengan keadaanmu, maka sekarang aku lepaskanmu." (Al-Bidayah wa al-Nihayah, al-Hafiz Ibn Kathir) #Majalah_Solusi

Rembulan

pantasnya rembulan ke langit tinggi, tak sempat kumenatap putihnya suci, hanya menerangi tak berteman sepi, apakah ia turut merasakan pedihnya hati? kemilau kaca terpantul cahaya rembulan, berterabur sinarnya menyapa indah permata, ku sedari duka tidaklah berkekalan, kerna bahagia adalah selamanya..
pantasnya rembulan ke langit tinggi, tak sempat kumenatap putihnya suci, hanya menerangi tak berteman sepi, apakah ia turut merasakan pedihnya hati? kemilau kaca terpantul cahaya rembulan,berterabur sinarnya menyapa indah permata, ku sedari duka tidaklah berkekalan, kerna bahagia adalah selamanya..

Cengkamlah

cengkamlah ia sedalam-dalamnya. selagi engkau mampu cengkam, cengkamlah. jangan kau mudah melepaskan ia. kau cuma perlu turuti jejak masa ini dengan penuh hikmah dan penuh setia. mungkin kata-kata kelihatan mudah, seindah yang dikata-kata. tapi kau jangan lupa, yakinlah dengan tindakan itu. usaha selagi mampu. doalah setiap waktu. aku yakin kata yang indah itu, akan menjadi nyata. seperti yang telah dikata-kata.
Ketika air mata menjadi darah, dan perjuangan menjadi sumpah, Dan syahid diangkat ke langit sebanyak retak2 di bumi yang merekah. Hatikah atau batukah itu di dalam dada, yang masih belum tersentuh? Matakah atau kayukah yang tersembul di kepala, yang masih belum melihat? Jasadkah atau mayatkah yang memangku nyawa? yang masih mematung beku? Kami meneguk bara dan memuntahkan api. Takbir dan gema suara malaikat mengiringi. "Kukucup bumi suci, kusahut lambaian di langit sana bidadari" -Wahai perindu syahid! Saatnya untuk bangkit! Hasbunallahu wani'mal wakeel! Allah..Allah..Allah..