Thursday, March 10, 2011

Teringin nak buat cerpen.. :)



maybe cadangya nak buat cerpen skit and letak kt blog ni..akan datang..tgh dlm proses,bru 1 page krtas writing..cerita tu ada kaitan dgn nama blog ni jugak..nak tau klunye?tunggu & lihat shja...yg pastinya best,menarik,unik & banyak brkaitan dgn penceritaan dari segi visual/gambaran. jangan lupa visit2 la blog saya .. ! :)

Wednesday, March 9, 2011

* Buat Duit Dengan Blog (PTS Books) *


Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka.
Blog adalah jurnal maya yang kerap dikemas kini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan. Semua orang bebas memiliki dan menjana pendapatan melalui blog. Melalui buku ini pembaca didedahkan dengan:
Perkara asas dalam Blog
Blog vs Laman Web
Teknik menghasilkan blog
Sumber utama wang
Strategi buat duit melalui blog
Turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat. :)

15 Teknik Efektif Internet Marketing...(PTS Books)


Semakin ramai yang klik laman web anda, semakin besar peluang anda meraih keuntungan! Tetapi bagaimana kaedah efektif yang dapat menarik perhatian umum mengunjungi laman web anda?
15 Teknik Efektif Internet Marketing dengan cara real time hands on memudahkan pembaca terus mempraktikkan setiap teknik yang dipelajari tanpa perlu membaca keseluruhan buku ini. Disajikan bersama dengan segala maklumat lengkap, teknik komprehensif dan trend terkini bagi mempromosikan laman web.

Usahawan, eksekutif pemasaran, konsultan, pereka laman web dan individu umum pasti mendapat manfaat daripada buku ini kerana ia membantu anda:
- Mempromosi web tanpa membazir masa dan wang
- Menambah pengunjung laman web dengan mudah dan cepat
- Memperluaskan hit pengunjung melangkaui sasaran dan sempadan tempat
- Memasarkan produk, servis dan idea dengan menggunakan newsgroup, mailing lists, e-zines, web rings, affiliate, opt in dan lain-lain lagi
- Memikat pengunjung datang kembali kepada laman web anda

Anda juga berpeluang download banyak bahan maklumat dari laman web penulis dengan menggunakan kata kunci rahsia daripada buku ini. Buku ini dan laman web penulis adalah gabungan yang tiada tandingan!

book preview : 100 jam (buku keluaran PTS)


 Siapa kata mereka yang lahir pada tarikh 29 Februari itu hanya dapat menyambut hari lahir empat tahun sekali? Bagi Jasmine, tarikh 29 Februari itu sentiasa ada dalam setiap tahun. Dia akan melakarkan sendiri tarikh itu pada kelendarnya.
Tapi… ada satu masalah besar yang harus dihadapi oleh Jasmine menjelang ulang tahun yang ke-17nya itu. Dia terpaksa menjalani hukuman selama 100 jam. Apakah hukuman 100 jam itu, dan mengapa dia sampai dikenakan hukuman itu?

DSLR : Kuasai Fungsi & Kawalan - Buku keluaran PTS (Bestsellers) khas kepada mereka yang meminati dalam bidang fotografi ...


"Sekeping gambar mampu memberikan sejuta makna..."
Itulah ungkapan tepat yang dapat dikaitkan dengan foto. Kini, bidang fotografi semakin diminati tanpa mengira tahap usia.  Lantas, kemahiran mengendalikan kamera adalah elemen penting dalam menghasilkan mutu gambar yang bermakna dan hebat.
Justeru, buku ini menampilkan panduan dan tip-tip yang mudah difahami dan diikuti pembaca. Langkah demi langkah diberikan dan disertakan halaman tutorial supaya pembaca dapat mempelajarinya dengan berkesan. Saiz yang kecil direka khas untuk dibawa bersama dalam beg kamera ataupun poket seluar. 
"Kebanyakan orang mempunyai kenangan indah, tetapi tidak semua orang merakamnya..."
Buku ini disusun berkonsepkan "knowledge sharing" dan "read less, learn more". Ia sesuai untuk pelbagai peringkat kemahiran. Pasti anda tidak rugi memilikinya!

Monday, March 7, 2011

Mutiara Kata


- Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

- Setiap insan perlu ada kekuatan, tanpanya tiang yang dibina sekuat manapun pastinya akan rebah. Justeru, jadikanlah Islam sebagai kekuatan dalam perjuangan hidup kita di dunia dan di akhirat kerana Islam adalah tiang yang kukuh buat selamanya.

- Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun dengan sekadar senyuman.

- Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

- Tidak ada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


- Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar untuk dilihat.
- Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidakpernah tua untuk bertaubat.

- Setiap ata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata yang terbuka belum bererti ia melihat.

- Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

- Hidup umpama ais krim. Nikmatilah ia sebelum cair.

-Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara  menyelesaikan masalah yang paling berkesan.

- Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebalikkejadiannya.
-  Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

- Sabda Rasulullah s.a.w. "Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka merosakkan madu."

- Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

- Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya.

- Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-mujimu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahanmu.

Quotes


-Without freedom, no one really has a name.
 
-Freedom has its life in the hearts, the actions, the spirit of men and so it must be daily earned and refreshed - else like a flower cut from its life-giving roots, it will wither and die.

-Freedom is the oxygen of the soul. 

-We feel free when we escape - even if it be but from the frying pan into the fire.

- A friend is one of the nicest things that you can have, and one of the best things you can be.

-Only a real friends will tell you when your face is dirty.

-One's friends are the part of the human. race with which one can be human.



Sunday, March 6, 2011

Menangis kerana takutkan Allah

      Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

       Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

      Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

      Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

       Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Makanan yang wajib dimakan setiap hari

Sajak: Sahabat :)



Pada suatu ketika dahulu
satu pertemuan yang kita tak duga
kau dan aku bertemu
di satu tempat yang jauh
mungkin inilah yang dinamakan ketentuan Tuhan
tetapi tidak lama selepas itu
hubungan kita terputus di tengah jalan
aku terus dengan kehidupanku
dan kau juga begitu
sepi hatiku kehilangan sahabat sepertimu
tidak dapat kulupakan kenangan bersamamu
tapi kini kau tidak lagi di mataku
tapi ada di hatiku
dengan ikatan persahabatan yang kukuh
ikhlas dari hati kita berdua
akhirnya kita bersua juga
dan kuharapkan pertemuan ini
berakhir dengan ajal yang ditentukan oleh-Nya
bukanlah kehendakku
atau dirimu

Kasut tumit tinggi-Sungguh indah apabila dihias di kaki yang bernama wanita. Apa yang ada disebaliknya?







  Assalamualaikum para pembaca semua,terutama kepada mereka yang peka dengan perkembangan fesyen & aksesori terkini. Kasut tumit tinggi sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kaum wanita. Pemakaiannya mampu memberi penampilan yang lebih feminin & bergaya justeru tidak hairanlah hampir semua wanita memilikinya paling kurang dua pasang.

  Menurut Pakar Bedah Ortopedik & Trauma di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, Dr Charanjeet Singh, pemakaian kasut tumit tinggi boleh mendatangkan pelbagai risiko & penyakit atau maut-jikalau terjatuh kepada wanita yang memakainya. Berikut merupakan fakta-fakta tersebut:

  1. Boleh mengubah postur/bentuk badan seseorang. Perkara ini berlaku apabila pelvis ditolak ke hadapan & membentuk lengkungan pada bahagian belakang. Apabila postur menjadi tidak seimbang, ketidakselanjaran di antara bahagian tulang belakang, punggung & bahagian paha, kaki akan menjadi sakit & tegang. Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi & osteoporosis. Sementara itu pada bahagian kaki pula, ia akan menyebabkan otot-otot di bahagian betis mengerut kerana perlu menyesuaikan kaki dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Oleh itu, otot akan memendek & menjadi ketat.
  2. Bunions iaitu pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki.
  3. Hammertoes iaitu jari kedua, ketiga & keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menaggalkan kasut.
  4. Pump Bump iaitu tali kasut yang tebal & keras boleh menyakitkan tumit & menyebabkan penebalan tulang & juga dikenali sebagai "Hagglunds deformity".
  5. Boleh mengubah postur/bentuk badan seseorang.
  6. Menyebabkan lutut diserang penyakit osteoarthritis.
  7. Morton's Neurona iaitu penebalan tisu di sekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga & keempat.
  8. Boleh mengakibatkan kuku sakit, bengkak jari kaki, mengalami radang kulit, kesakitan pada punggung & inflamasi pada tendon.
  9. Keguguran rambut.
  10. Menyebabkan gangguan haid.
  11. Boleh memeningkan kepala.
  12. Akan menjejaskan peluang untuk menimang cahaya mata.
  Kata Dr Charanjeet lagi, kasut tumit tinggi yang tidak melebihi satu inci adalah ketinggian yang sesuai. Atau anda boleh memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut & fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam & lengkungan lintang di hadapan kaki.
  Tambahnya lagi jika seseorang wanita mengalami masalah kesihatan, contohnya sakit lutut akibat pemakaian kasut tumit tinggi dengan terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah berikut:
  1. Mereka perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole(tetapi bukan jenis silicon atau yang lembut) yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh diguna pakai pada semua kasut yang dipakai.
  2. Melakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia & senaman kekuatan otot kaki.
  Konklusinya, janganlah sudah terhantuk baru terngadah, tapi lebih baik mencegah daripada merawat. Janganlah menjadi manusia yang bongkak dengan kebenaran yang zahir sehingga sanggup memikirkan kepentingan berfesyen sehingga lupa memikirkan baik buruk aksesori/alat kosmetik yang dipakai pada anggota badan ciptaan Allah ini sebelum ajal menjemput kita. =)