Sunday, March 6, 2011

Kasut tumit tinggi-Sungguh indah apabila dihias di kaki yang bernama wanita. Apa yang ada disebaliknya?







  Assalamualaikum para pembaca semua,terutama kepada mereka yang peka dengan perkembangan fesyen & aksesori terkini. Kasut tumit tinggi sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan kaum wanita. Pemakaiannya mampu memberi penampilan yang lebih feminin & bergaya justeru tidak hairanlah hampir semua wanita memilikinya paling kurang dua pasang.

  Menurut Pakar Bedah Ortopedik & Trauma di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, Dr Charanjeet Singh, pemakaian kasut tumit tinggi boleh mendatangkan pelbagai risiko & penyakit atau maut-jikalau terjatuh kepada wanita yang memakainya. Berikut merupakan fakta-fakta tersebut:

  1. Boleh mengubah postur/bentuk badan seseorang. Perkara ini berlaku apabila pelvis ditolak ke hadapan & membentuk lengkungan pada bahagian belakang. Apabila postur menjadi tidak seimbang, ketidakselanjaran di antara bahagian tulang belakang, punggung & bahagian paha, kaki akan menjadi sakit & tegang. Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi & osteoporosis. Sementara itu pada bahagian kaki pula, ia akan menyebabkan otot-otot di bahagian betis mengerut kerana perlu menyesuaikan kaki dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Oleh itu, otot akan memendek & menjadi ketat.
  2. Bunions iaitu pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki.
  3. Hammertoes iaitu jari kedua, ketiga & keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menaggalkan kasut.
  4. Pump Bump iaitu tali kasut yang tebal & keras boleh menyakitkan tumit & menyebabkan penebalan tulang & juga dikenali sebagai "Hagglunds deformity".
  5. Boleh mengubah postur/bentuk badan seseorang.
  6. Menyebabkan lutut diserang penyakit osteoarthritis.
  7. Morton's Neurona iaitu penebalan tisu di sekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga & keempat.
  8. Boleh mengakibatkan kuku sakit, bengkak jari kaki, mengalami radang kulit, kesakitan pada punggung & inflamasi pada tendon.
  9. Keguguran rambut.
  10. Menyebabkan gangguan haid.
  11. Boleh memeningkan kepala.
  12. Akan menjejaskan peluang untuk menimang cahaya mata.
  Kata Dr Charanjeet lagi, kasut tumit tinggi yang tidak melebihi satu inci adalah ketinggian yang sesuai. Atau anda boleh memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut & fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam & lengkungan lintang di hadapan kaki.
  Tambahnya lagi jika seseorang wanita mengalami masalah kesihatan, contohnya sakit lutut akibat pemakaian kasut tumit tinggi dengan terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah berikut:
  1. Mereka perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole(tetapi bukan jenis silicon atau yang lembut) yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh diguna pakai pada semua kasut yang dipakai.
  2. Melakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia & senaman kekuatan otot kaki.
  Konklusinya, janganlah sudah terhantuk baru terngadah, tapi lebih baik mencegah daripada merawat. Janganlah menjadi manusia yang bongkak dengan kebenaran yang zahir sehingga sanggup memikirkan kepentingan berfesyen sehingga lupa memikirkan baik buruk aksesori/alat kosmetik yang dipakai pada anggota badan ciptaan Allah ini sebelum ajal menjemput kita. =)

No comments:

Post a Comment